'ADIK IPAR, TOLONGLAH TERIMA AKAK MASUK KE KELUARGA KALIAN KERANA AKAK SANGGUP TINGGALKAN KELUARGA SENDIRI DEMI ABANG KALIAN'

loading...
Bukan mudah seorang menantu memahami dengan perangai keluarga suaminya, begitu juga sebaliknya kerana ianya sukar untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga. Lebih-lebih lagi jika pasangan itu tadi memilih untuk tinggal serumah dengan keluarganya. 

Sebagai ipar, kita sepatutnya belajar memahami pasangan adik beradik kita kerana mereka juga berusaha memahami kita. Berikanlah ruang dan peluang kepada mereka, jangan pula kita mencari kesalahan atau mengumpatnya di belakang. 



Kepada adik ipar kesayangan...

1. Tolong terima akak masuk ke keluarga kalian sebab akak sanggup tinggalkan adik-beradik akak, tinggalkan parent akak demi abang kalian.

2. Tolong belajar memahami akak sebab akak berusaha belajar memahami kamu semua dalam rumah sedangkan kamu semua hanya perlu memahami akak seorang saja.

3. Tolong jangan pernah cemburu dengan apa-apa barang peribadi akak sebab terkadang akak perasan kalian memandang semacam pada akak atas barang-barang peribadi akak. Sebab itu adalah hasil titik peluh akak sendiri.

4. Tolong jangan cerita aib akak kepada orang luar sebab akak jaga aib dalam rumah kamu. Jadi tolong jaga juga aib akak yang kalian nampak.

5. Tolong jangan berasa cemburu jika kasih sayang abang kamu dia curahkan kepada akak sebab akak juga curahkan segala-gala kepadanya. Sebab bagi perempuan yang sudah berkahwin, suamilah segala-galanya bagi kami.

6. Tolong jangan hina masakan akak, jangan hina apa yang akak makan sebab akak sedang belajar apa yang kalian suka makan.

7. Tolong jangan kata akak ini pemalas jika kalian nampak suami akak bantu akak cuci kain dan mengemas sebab akak juga membantu abang kalian dalam mencari nafkah.

8. Tolong jangan kata akak guna semuanya gaji suami akak sedangkan akak juga berkerja. Gaji suami akak memang mencukupi untyk kami berdua tapi tidak mencukupi untuk 'kita semua', sebab itu akak membantu abang dalam mencukupkannya.

9. Jika kalian minta belikan sesuatu or minta duit dari suami akak, tolong jangan bersembunyi dari akak. Tolong jangan kata akak marah, tolong jangan kata akak kedekut kerana kamu tidak tahu akak dalam diam sanggup mengalah demi keperluan kamu, sanggup ketepikan keperluan akak demi memenuhi keinginan kalian.

10. Tolong hargai akak seperti mana kamu hargai abang kalian. Sebab selama ini akaklah tulang belakang suami akak yang sentiasa ada dikala kamu berada dalam kesusahan.

Sekian.. isteri kepada anak sulung.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »