loading...
SHAH ALAM – Gempar habis Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini selepas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tiba dengan bas membawa ‘pengundi hantu’.
Gimik unik tersebut dibuat sebagai tanda protes ketika beliau menghantar memorandum bantahan terhadap senarai nama pengundi ragu yang didaftarkan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan.
Jamal mendakwa bahawa ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim ‘mengangkut’ sejumlah pengundi luar kawasan bagi memastikan kemenangan wakil rakyat DAP itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.
Ujarnya lagi, beliau mempunyai bukti yang dapat jelas mengaitkan pembabitan Suee Lim menggunakan taktik kotor berkenaan pada PRU kali ini selepas mampu tiga penggal memegang kerusi ‘panas’ kawasan tersebut.
“Hari ini saya bawa bukti YB telah pun memindahkan hampir 1,800 pengundi untuk PRU ke-14, pada PRU ke-13 dia cuma dapat majoriti 2,200 namun tidak yakin lagi dan tambah lagi 800 hingga tempoh suku keempat tahun lepas.
“Untuk suku pertama dan kedua tahun ini, saya dapat maklumat ribuan lagi pengundi Cina dan Melayu mereka sudah pindah ke kawasan saya di Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan paling banyak DUN Sekinchan,” katanya.
Jamal menyatakan demikian ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Penolong Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri di sini pada Jumaat.
Memorandum itu diserahkan bersama-sama gimik puluhan ‘pengundi hantu’ dibawa beliau, sebagai sindiran kepada Suee Lim. Sebelum ini, Suee Lim mendakwa Jamal membawa masuk kira-kira 1,200 ‘pengundi hantu’.
Kononnya mereka dipindahkan untuk mengundi di DUN Sekinchan pada PRU yang akan datang. Namun, perkara itu dinafikan Jamal sendiri pada hari ini dengan menganggap dakwaan Suee Lim itu berniat tidak baik.
Ia sekadar bertujuan mahu memburukkan imej tegas beliau dalam membela kebajikan rakyat dan juga Barisan Nasional (BN) sekali gus sengaja bagi mencetuskan kekeliruan rakyat di kawasan tersebut.
“Beliau mengambil kesempatan daripada persepsi memburukkan BN dan pihak SPR ini kemudian beliau mengambil kesempatan untuk memindahkan ribuan penduduk daripada Puchong, Kepong, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang.
“Nama-nama mereka ini dipindahkan secara senyap ke DUN Sekinchan sebab kawasan tersebut memang kubu kuat mereka. Saya melihat YB menuduh saya memindahkan pengundi-pengundi untuk mengalahkan beliau sendiri
“Tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu hanyalah untuk menutup dan mengaburi mata masyarakat seolah-olah apa yang beliau lakukan itu, saya pula yang buat,” ujar Jamal lagi. SUMBER
loading...