JULIA PEREZ MINTA KOPI, BAKSO USAI PEMBEDAHAN

loading...


KESIHATAN pelakon dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser pangkal rahim dikhabarkan semakin baik selepas menjalani pembedahan minggu lalu.

Menurut laporan portal hiburan Detik Hot, adiknya Nia Anggia berkata, Julia sudah mempunyai selera untuk makan.

“Dia minta kopi, tapi doktor masih belum benarkan, dia memang suka sangat minum kopi.

“Dia juga minta makan bakso, tapi dia hanya dapat hirup kuah sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nia turut bersyukur keadaan kesihatan kakaknya itu menunjuk perkembangan yang positif.

Bagaimanapun, kata Nia, Julia masih belum mampu untuk mengenali teman-teman yang datang menziarahinya.

Terdahulu, media melaporkan tahap kesihatan Jupe semakin kritikal sehinggakan dia sudah mula tidak mengenali teman-teman sekelilingnya dan berhalusinasi.

Kisah Jupe yang kini menerima rawatan di hospital turut mendapat liputan yang meluas di Indonesia. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »