KECOH BILA MELANIA TEPIS TANGAN DONALD TRUMP (VIDEO)

loading...

TAK sampai 24 jam selepas Melania Trump menepis tangan suaminya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika berkunjung ke Israel, wanita pertama AS itu sekali lagi melakukan ‘habit’ yang sama ketika tiba di Rom, Itali, semalam.

Video yang merakam kedatangan pasangan itu dalam rangka lawatan kerja ke Itali, Melania dilihat menepis tangan suaminya yang menghulurkan tangan untuk jalan berpegangan tangan menuruni tangga pesawat.

Namun, dalam rakaman itu jelas kelihatan keengganan Melania untuk menyambut huluran suaminya itu.



Situasi sama turut berlaku sehari sebelum itu sebaik mereka mendarat di Ben Gurion, Tel Aviv, Israel.

Melanie dilihat menolak tangan suaminya dengan menggoyangkan pergelangan tangannya.



Ini bukanlah kejadian pertama yang memperlihatkan hubungan kurang mesra Donald dan Melania dipamerkan kepada umum.

Bulan lalu tular sebuah video menunjukkan aksi Melania menyiku suaminya yang tidak meletakkan tangannya di bahagian dada ketika sedang berkumandang lagu kebangsaan AS, The Star-Spangled Banner. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »