LELAKI DIGELAR HANTU KERANA HIDAP PENYAKIT KULIT (VIDEO)

loading...


HANYA kerana dia menghidap penyakit kulit di mana kulitnya seakan-akan terbakar, seorang lelaki menjadi mangsa buli dan digelar sebagai `hantu’ oleh penduduk.

Antonio Reloj, 26, yang berasal dari Aklan, Filipina itu, menghidap penyakit yang menyaksikan kulitnya merekah seolah-olah terbakar.

Dia telah ditinggalkan oleh ibunya ketika berusia 12 tahun dan dibesarkan oleh neneknya.

Keadaan Antonio kini semakin teruk di mana kulitnya menjadi semakin tebal dan penglihatannya mulai kabur.

Sebelum ini Antonio gembira apabila dia dapat pergi ke pasar atau gereja namun kini dia terpaksa menyembunyikan diri selepas penduduk memanggilnya hantu yang dirasuk roh jahat.

Apa yang diharapkan oleh Antonio ialah supaya suatu masa nanti akan muncul seorang yang baik hati yang mampu membawanya ke Manila untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika kecil saya gembira kerana dapat keluar rumah tapi sejak orang kata saya hantu, saya lebih suka duduk di rumah sahaja.

“Saya berharap dapat kembali sihat dan dapat bekerja,” katanya yang memberitahu kulitnya akan sakit sekiranya dia bergerak terlalu banyak.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »