LIONEL MESSI GAGAL RAYUAN HUKUMAN PENJARA 21 BULAN

loading...

MAHKAMAH Agung Sepanyol telah mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21 bulan penjara terhadap Lionel Messi dan bapanya kerana penipuan cukai.

Pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, dituduh menipu cukai berjumlah €4.1 juta antara 2007 dan 2009 selepas gagal membayar €10.1 juta untuk hak cipta imej.

Mahkamah Barcelona mendapati dia bersalah atas kesalahan itu pada 2016 dan berikutan rayuan, Mahkamah Agung telah mengekalkan keputusan asal.

Bagaimanapun hukuman terhadap bapanya telah dikurangkan kepada 15 bulan berikutan pemain itu telah membayar semula jumlah wang yang ditipu.


Di bawah undang-undang Sepanyol, melainkan jika terdapat kesalahan terdahulu, hukuman penjara kurang dari dua tahun sering digantung mengikut budi bicara mahkamah, seperti yang dijangka berlaku di sini.

“Saya berdedikasi untuk bermain bola sepak,” Messi memberitahu mahkamah Barcelona sebelum ini.

“Saya percayakan bapa dan peguam yang kami telah pilih untuk berurusan dengan hal ehwal kami. Tak pernah terfikir oleh saya bahawa mereka boleh menipu saya.” –mStar Online
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »