LUTUT PEMAIN MU, IBRAHIMOVIC DIMAHUKAN BAGI TUJUAN KAJIAN PERUBATAN

loading...

Ejen kepada pemain Manchester United (MU), Zlatan Ibrahimovic telah membuat satu dakwaan sensasi apabila berkata lutut Ibrahimovic dimahukan untuk tujuan kajian perbuatan memandangkan ia mempunyai kekuata 'diluar jangkauan'.

Pemain berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan lutut ligamen krusiat ketika menentang Anderlecht pada April lalu, dan menjalani pembedahan di Pittsburgh awal minggu ini.

Ibra dibedah oleh doktor sukan, Freddie Fu dan juga Volker Musahl, yang dikatakan terkejut dengan kekuatan dan kondisi lutut penyerang itu serta mahu melihat mereka sekali lagi apabila Ibra menggantung but.

Lututnya sangat kuat sehinggakan doktor berkata mereka tidak pernah melihat lutut seumpama itu, kata ejen Ibra, Mino Raiola sebagaimana lapor Expressen.

"Dia mempunyai lutut yang hampir mustahil untuk dipunyai oleh pemain bola sepak dengan karier sepanjang 20 tahun. Ianya sangat bersih, tiada sebarang kerosakan padanya," kata Mino.

Mino juga berkata, disebabkan itu, doktor mahu dia kembali selepas kariernya habis untuk menjalankan kajian.

"Mereka membuat banyak kajian tentang subjek itu (lutut dan ligamen) dan sebab itu mereka lebih pakar dari orang lain. Jadi selepas karier Ibra berakhir, kami akan kembali bagi membolehkan ligamen Ibra diperiksa,"

Sumber: Metro.co.uk
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »