'PAGAR RUMAH PUN KAU NAK BEDAL ?' - PENCURI 'RARE' (VIDEO)

loading...



POLIS kini memburu dua lelaki yang melarikan dua pagar besi dari sebuah rumah dengan menaiki motosikal dalam kejadian Jalan Tudan di Miri, petang semalam

Dalam kejadian 5.30 petang itu, dua lelaki terbabit dilihat menanggalkan pagar besi berkenaan dalam tempoh kurang satu minit sebelum beredar.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipeolehi juga turut memaparkan secara jelas bagaimana dua indvidu terbabit memecut laju sebaik mencuri pintu pagar besi di kawasan perumahan itu.

Lapor Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, hasil dai pemantauan CCTV, polis bejaya mengenalpasti nombor pendaftaan motosikal yang digunakan.

“Setakat ini, kedua-dua suspek masih dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »