loading...
Seorang pengawal keselamatan yang berdedikasi sanggup menggunakan badan sendiri sebagai penghalang bagi menahan seorang pemandu kereta Mercedes dari memasuki satu lot parkir di Shenzhen.
Dalam kejadian pada Selasa itu, tidak dapat dipastikan apa punca pengawal keselamatan itu bertindak sedemikian namun pemandu Mercedes itu dilihat tetap keras kepala.
Dalam video rakaman kejadian, kelihatan pemandu Mercedes pada mulanya dilihat cuba menolak pengawal keselamatan tersebut dengan keretanya.
Mungkin sudah buntu akal menagani pemandu degil itu, pengawal keselamatan terbabit mengambil keputusan berbaring di hadapan kereta terbabit.
Malangnya, pemandu Mercedes itu tetap meneruskan 'perjalanannya' ke arah lot parkir terbabit dan melalui badan pengawal itu.
Tonton video kejadian di bawah:
Polis berkata kejadian itu kini dalam siasatan dan pengawal keselamatan itu terselamat tanpa sebarang kecederaan yang serius.
loading...