PEMBEDAHAN PINDAH ZAKAR BERLAINAN WARNA KULIT BERJAYA DILAKUKAN ! (VIDEO)

loading...


JOHANNESBURG – Sekumpulan doktor di Afrika Selatan berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar yang berbeza warna didermakan ke atas seorang lelaki yang berumur 40 tahun.

Pesakit tersebut dilaporkan kehilangan organ kemaluannya itu akibat komplikasi setelah menjalani upacara khatan tradisional, kira-kira 17 tahun lalu.

Ia adalah kali ketiga pembedahan seumpama itu berjaya dilakukan di dunia, dan ia pembedahan kali kedua yang berjaya dikendalikan kumpulan doktor sama dari Universiti Stellenbosch dan Hospital Tygerberg di Cape Town itu.

Sebelum ini, kumpulan doktor sama mencipta sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar, juga di Afrika Selatan, pada Disember 2014.

Pembedahan pada 21 April itu diketuai Profesor Andre van der Merwe dan mengambil masa selama lebih sembilan jam, lapor portal berita tempatan, Health24.

“Pesakit ini nampaknya yang paling ceria di wad, tahap pemulihannya sangat memberangsangkan, tiada tanda-tanda penolakan dan semua penyambungan pada alat sulitnya, pulih dengan baik,” kata Van der Merwe.

Dalam masa enam bulan, fungsi organ itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya, tetapi ada sedikit perbezaan warna pada alat sulit berkenaan kerana penerima adalah seorang berkulit hitam, manakala pendermanya berkulit putih.

“Malangnya, kita tidak dapat mencari penderma dari bangsa yang sama. Bagaimanapun, perbezaan warna itu boleh diperbetulkan kemudian melalui kaedah tatu perubatan,” kata seorang lagi doktor terlibat, Dr. Amir Zarrabi.

Beliau turut menyuarakan keyakinan pasukannya akan melakukan lebih banyak pembedahan pemindahan zakar yang berjaya pada masa depan.

“Terdapat banyak kes zakar semasa proses berkhatan secara tradisional ini, kami mahu mewujudkan program yang mampan untuk membantu golongan ini,”katanya.

Pembedahan pemindahan zakar yang dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 64 tahun di Hospital Besar Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat pada Mei 2016, merupakan pembedahan kali kedua seumpamanya berjaya dilakukan di dunia.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »