TAK PASAL-PASAL KERETA IKUT SERTA BUKA PUASA BERAMAI-RAMAI

loading...

MENJADI kebiasaan buat umat Islam di Dubai, berbuka puasa beramai-ramai di kawasan lapang seperti di padang ataupun di tempat letak kereta.

Bagaimanapun, seorang pemandu ini mungkin terlambat atau terlupa mengambil keretanya sebelum tikar mula dibentangkan orang awam.



Laporan bersama gambar yang disiarkan Daily Mail ini hanya menyatakan kejadian lucu berkenaan berlaku di satu kawasan letak kereta awam di Dubai.

Berikutan itu, pemilik kenderaan jenis Honda Accord terbabit terpaksa menunggu selepas umat Islam selesai berbuka puasa sebelum dapat mengambil keretanya.

Warga Emirati sememangnya dikenali merupakan antara negara yang paling murah hati dalam soal kebajikan dan bersedekah, maka tidak hairanlah hidangan berbuka puasa sering diadakan termasuk di kawasan-kawasan lapang. –
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »