'TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA GUNAKAN HANDPHONE DI WAKTU HUJAN + PETIR, INILAH PENGALAMAN NGERI SEUMUR HIDUP'

loading...


Pengalaman ngeri seumur hidup. 

Petir petang tadi, kuat kan? Nasib baik tak arwah. Syukur masih dipanjangkan umur hingga sekarang. Masa menaip ini pun masih trauma, tangan terketar-ketar, kebas, seriau nak pegang handphone. Betullah kata orang, bila dah terkena pada diri sendiri, barulah kau tahu apa rasanya dan ya, hari ini giliran saya terkena. 

Innalillahiwaillahirajiun..

Sesiapa sebelum ini pun pernah pesan, jangan main handphone semasa ia sedang dicas. Jangan pegang handphone semasa hujan lebat. Nak dijadikan sebab, maghrib tadi baru lima minit pegang handphone sebab seharian jaga anak demam. Tak sempat nak scroll newsfeed, tiba-tiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia hari ini. 

Baru saja nak komen, tiba-tiba petir berdentum. Satu rumah blackout, plug hangus, skrin handphone pecah (mungkin sudah rosak). Bayangkan saya yang sedang pegang handphone pada waktu kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77 kilogram pun boleh melayang melambung semua sampai dari bucu katil sana ke bucu katil sini. 

MELAMBUNG WEII! 

Skrin handphone pecah. Phone pun blackout.

Dia punya sakit, jangan cakaplah. Menangis sampai hilang suara. Telinga berdesing, kepala bengong, tangan kanan tak rasa apa. Kebas sampai sekarang. Sendi semua rasa sengal. 

Hampir berjam-jam nak tunggu darah mengalir seperti sedia kala. Tangan dah jadi mayat hidup, pucat tak ada darah. 

Alhamdulillah, syukur sebab tak kena renjata natau hangus tanpa taubat. Dahsyat tak dahsyat, dinding bilik sampai retak teruk. Nasib baik tak ada litar pintas yang berlaku. 

Kuat tak kuat dentuman petir tadi, dinding retak macam kena gempa bumi


Tudiaa... nasib baik dinding simen. Kalau dinding kayu, dah boleh kopak buang ni. Dahsyatnya ya rabbi

Peringatan pada diri sendiri juga atau kepada sesiapa yang suka bermain handphone. Kalau hujan lebat, perlahan-lahan cabut plug yang mana tak digunakan. Kena renjatan elektrik sebab tangan basah itu tidak sama rasanya terkena petir ini. Boleh maut kalau terlambat.

Alhamdulillah sekarang dah boleh gerakan jari secara perlahan-lahan. Tetapi tangan kanan masih kebas tak terasa. Telinga pun masih berdesing, darah di tangan masih belum stabil (pucat). Nasib baik ada suami, dia pun terkena. Jadi bolehlah sama-sama ketawa. Hahaha!

Jadi berhati-hatilah kalau nak guna handphone yang sedang dicas. Kalau boleh tak payah sentuh pun handphone yang sedang dicas atau ketika waktu hujan kalau tak nak rasa pengalaman gegar otak, kepala bengong dan sebagainya. Hati-hati ya. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »