BILA IBUKU PANDAI RAP LAGU K-POP (VIDEO)

loading...

MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak gelombang ‘Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia telah mewujudkan obsesi dalam jiwa anak muda.

Justeru, tidak hairanlah tindakan seorang pengguna Twitter @nunonish atau Anishahhh memuat naik video ibunya menyanyi sebuah lagu rap Korea bertajuk‘Three Word’ mencetuskan fenomena di laman sosial.



Rakaman berdurasi satu minit 18 saat itu menerima pelbagai reaksi dari netizen sehinggakan ia menerima lebih daripada 5,000 retweet dan 2,553 ‘likes’ dari pengguna Twitter.

“Matilanak! Ibu pun tahu rap lagu Korea dia, ggwp,” tulisnya di kapsyen video.

Menariknya, gaya bersahaja wanita itu yang memandu sambil menyanyikan lagu daripada kumpulan Seckkies itu melahirkan rasa kagum daripada netizen.

“Weh pertama kali tengok mak orang rap Korea weh, kalau mak aku tu dia keji sebab aku rap Korea,” komen pengguna Twitter, Ikhwan Lee.

Manakala pengguna Twitter, Yoyon pula berkata; “Salute ibu awak! Ibu saya pun nyanyi jugak lagu K-Pop tapi lirik mestilah tak betul.”

“Macam Jawa pulak bunyinya tetapi ini bagus,” balas Amir Safwan.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang melahirkan rasa kurang senang terhadap video tersebut yang mana menurut mereka adalah lebih baik tidak tidak terlalu ‘terikut’ dengan budaya dari Korea Selatan itu. – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »