'PIHAK SANA JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH' - ALIFF AZIZ MENGAKU BERSALAH TERHADAP BELLA

loading...

SHAH ALAM 31 Julai: Penyanyi dan pelakon Singapura yang sedang dilanda kontorversi selepas dilaporkan berlaku curang dengan isterinya hatri ini telah mengaku yang dia keluar ke pusat karaoke sebelum ini dengan Afifah Nasir bukanlah atas urusan kerja, lapor Utusan Online.

“Ya, saya keluar dengan Afifah ke pusat karaoke itu bukan kerana urusan kerja dan saya akui itu kesilapan saya pada Bella,” katanya.


Aliff bagimanapun menyatakan kesalahan itu juga tidak hanya melibatkan dia seorang di mana Afifah juga ujarnya, tahu apa yang berlaku.

“Masakan pokok akan bergoyang jika tiada angin. Saya sudah terangkan apa yang berlaku pada Bella dan keluarganya. Alhamdulillah isteri memberi saya peluang kedua,” kata Aliff yang ditemani Bella dalam sidang akhbar pada hari ini.

Aliff pada Jumaat lalu telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa telah mengasari isterinya yang masih di dalam pantang di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Sebelum kejadian berkenaan, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke lokasi pusat karaoke selepas mendapat tahu suaminya berada di dalam bilik pusat hiburan berkenaan bersama seorang wanita lain.

Sementara itu Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, mengakui sudah menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas suaminya pada Sabtu lalu.

“Saya tarik semula laporan kerana memikirkan rumah tangga dan anak saya.

“Saya buat laporan bukan mahu dedahkan sikap buruk suami saya sebaliknya mahu dedahkan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga kami,” jelasnya.

Ditanya mengenai kewujudan Afifah dalam rumah tangganya, kata Bella, dia enggan memberi sebarang komen sebaliknya membiarkan waktu yang menentukan segalanya.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »