ANAK LEMBU JANTAN SEIRAS WAJAH LEGENDA ROCK TERKENAL CURI PERHATIAN NETIZEN

loading...

Seorang pemilik ladang daripada Texas, Amerika Syarikat terkejut selepas menyedari kelahiran seekor anak lembu di ladangnya menyerupai wajah penyanyi rock lagenda terkenal iaitu Gene Simmons dari kumpulan KISS, lapor The Sun.

Peladang tersebut, Heather Leonard Taccetta telah menemui anak lembu itu dengan lidah nya yang panjang, ia telah dilahirkan 28 Julai laludengan corak wajah serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.


Dia yang melihat anak lembu itu lantas mengambil gambar dan menghantarnya kepada Lembaga Pelancongan Tempatan , Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.

Berdasarkan gambar wajah anak lembu itu hampir menyamai solekan Simmons dengan jeliran lidah panjang berwarna merah jambu iaitu aksi yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.



Anak lembu itu telah diberikan gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.

Gene Simmons itu merupakan lagenda rock yang terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi jeliran lidahnya yang panjang dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”.


Berita ini turut di laman Facebook kumpulan KISS dengan kapsyen #KISSisEverywhere! HA! 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »