'BERI SAYA MASA UNTUK JELASKAN SITUASI SEBENAR DENGAN ISTERI' - HAFIZ HAMIDUN

loading...


Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kedudukan rumah tangga penyanyi, Hafiz Hamidun, 33, dan isterinya Joy Revfa yang dikatakan sedang bergolak ketika ini.

Spekulasi muncul apabila Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman instagram miliknya.

Mereka juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar mereka bersama di laman sosial masing-masing.

Bagaimanapun, Hafiz Hamidun enggan mengulas lebih lanjut mengenai spekulasi pergolakan rumah tangganya kerana satu pertemuan dengan pihak media sedang diatur.

Hafiz meminta semua pihak memberi masa dan ruang untuknya menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinannya dengan pengusaha kosmetik terkenal yang mesra disapa sebagai Joy yang baru tiga bulan terbina.

Hafiz juga meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut akan dibuat.

“Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,” ujar Hafiz.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.


Sumber- mStar Online
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »