ELIZABETH TAN BERSARA DARI DUNIA NYANYIAN

loading...


BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apabila dikhabarkan Elizabeth Tan mahu bunuh diri akibat putus cinta. Hari ini muncul pula statement yang katanya penyanyi ini mahu berehat daripada bidang nyanyian. Betul ke?

Penyanyi tinggi lampai yang mesra dengan panggilan Lizzy ini menyatakan minatnya untuk menyanyi sudah semakin hilang. Apa yang dilakukannya dulu hanyalah dengan niat ingin mencuba.

“Saya sendiri tidak pernah menyangka akan jadi penyanyi kerana sejak kecil saya selalu berangan-angan hendak bergelar pelakon.

“Pada awal dahulu saya memang teruja kerana banyak dapat tawaran dan bayaran lumayan tetapi lama kelamaan saya sedar ia bukan minat sebenar saya.


“Setiap kali naik ke pentas saya merasakan tiada jiwa dan saya memang tiada karisma seperti penyanyi lain apabila mengadakan persembahan,” katanya memetik laporan mStar Online.

Faizal Tahir yang merupakan mentornya dalam bidang nyanyian ini turut memberi nasihat supaya dia berehat sebentar dari bidang muzik selepas mengetahui dilema yang dihadapinya.

“Saya beritahu kepadanya dan dia faham apa yang saya rasai dan meminta saya berehat dan melakukan perkara lain dalam karier seni.

“Syukur Faizal sangat memahami dan banyak memberi dorongan dalam saya mencari diri saya sebagai seorang anak seni,” ujarnya.

Tetapi buat peminat penyanyi lagu Knock-Knock ini, jangan risau, Lizzy bukan berhenti terus dari bidang ini sebaliknya dia akan terus aktif dalam gubahan lagu dan penghasilan lirik.

“Saya seronok menulis, menggubah lagu dan merakamkan lagu di studio cuma saya tidak suka mengadakan persembahan pentas.

“Saya akan terus menyanyi, buat lagu tetapi mungkin tidak seaktif seperti mana di awal kemunculan saya sebelum ini,” katanya.

Penyanyi ini mengakui minat sebenarnya lebih kepada bidang lakonan dan akan memberikan tumpuan dalam bidang tersebut.


Lizzy yang juga pertama kali tampil dalam drama bersiri My Darling Inspektor Danielterbitan Skop Productions itu berharap akan lebih banyak peluang untuk dia mengembangkan sayap sebagai seorang pelakon pula.

“Pengalaman berlakon dalam drama itu memang menyeronokkan dan banyak yang saya belajar untuk memperbaiki mutu lakonan,” tambahnya.

Dia turut gembira dengan tawaran-tawaran yang datang tetapi dia masih belum memutuskannya lagi dan menganggap ini merupakan kick-off untuknya dalam bidang lakonan.

Diharapkan Lizzy berjaya dalam apa jua yang dilakukan dalam bidang seni ini ya!
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »