'KATA MERDEKA, SATU BENDERA PUN AYAH TAK NAMPAK KAT KL' - RANI KULUP BERANG (VIDEO)

loading...


Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup berang apabila melihat keadaan di Kuala Lumpur pada bulan kemerdekaan kerana tidak ada satu pun jalur gemilang dikibarkan, lapor KiniTV.

Beliua dalam pada itu mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan arahan pemasangan bendera di setiap kawasan masing-masing.

"Di dalam negara bulan kemerdekaan, satu bendera pun ayah tak nampak. Semua tak ada bendera. Macam seolah-olah Malaysia ini tidak menyambut kemerdekaan. Mana ada bendera? Bendera bukan mahal, tujuh kupang satu. Kau belilah. Pasang bendera. 

"Jangan campur adukkan politik dengan kemerdekaan. Hormat pejuang-pejuang yang terdahulu yang bersusah payah memerdekakan negara. Bukan masalah politik. 

"Ayah gesa penguat kuasa tempatan seperti DBKL, majlis bandaran, keluarkan arahan tangkap dan saman dan seluruh warga asing dalam negara ini pasang dan kibarkan Jalur Gemilang. Jangan nak harapkan kerajaan nak bagi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP atas isu filem Malay Regiment di IPD Dang Wangi hari ini. - SUMBER


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »