'KEK BATU NISAN' KEJUTAN UNTUK SI SUAMI

loading...


MENJADI lumrah hidup kalau dapat hadiah istimewa pada hari kelahiran. Tapi bagaimana pula reaksi anda jika dapat ‘kubur’ sebagai hadiah pada tarikh ulang tahun tersebut?

Begitulah yang terjadi kepada Mohamad Kamal Ismail yang mendapat kek berbentuk kubur yang lengkap dihias batu nisan dan juga pasir di atasnya ketika ulang tahun kelahiran yang ke-32 pada 4 Ogos lalu.

Hadiah yang diberi oleh isterinya berjaya memeranjatkan Kamal apabila mesej yang bertulis ‘rokok membawa maut, hargailah baki nyawa abang’ berjaya membuat dia terkejut dan berasa geli hati.

Yalah.. siapa yang terkejut kalau dapat kubur sebagai hadiahkan?

Memetik laporan sebuah akhbar, Kamal dikatakan telah mendapat dua biji kek iaitu kek berbentuk kubur dan kek berbentuk sepaket kotak rokok yang saiznya lebih besar.

Di sisi kotak rokok tersebut mempunyai gambar kanser leher sebagai kesan merokok.

“Pada mulanya saya terkejut, tapi lepas tu nak tergelak sebab geli hati kerana tak sangka isteri boleh plan hadiahkan kek bentuk kotak rokok sebelah dengan kek kubur.

“Tapi tak terlintas langsung nak marah sebab bila tengok muka isteri dan anak-anak, dalam hati saya rasa rupa-rupanya keluarga sayangkan saya.

Mereka takut kehilangan saya akibat merokok,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Bukan kek ‘kubur’ itu sahaja ya kejutan buat si suami, tetapi si suami ini juga sekali lagi terkejut apabila cebisan kek berbentuk batu nisan dijumpai dalam kotak rokoknya.


“Pagi tu ingat nak hisap rokok. Bila buka ada batu nisan dalam kotak. Bentuk dan warna lebih kurang sama dengan rokok.

“Tapi batu nisan ni dah bersemut sebab manis sangat. Kan tu gula. Tapi kek paket rokok dan kek kubur tu memang sedap, perisa strawberi,” katanya secara berseloroh.

Walau bagaimanapun, bapa kepada dua cahaya mata ini memandang kejutan itu dari sudut positif sebagai teguran ‘halus’ daripada isterinya.

“Bagi saya, ia teguran baik daripada seorang isteri. Tak dinafikan rokok itu membahayakan kesihatan. Lebih baik ditegur secara lembut daripada menengking supaya berhenti rokok,” ujarnya.


Isterinya, Nurhidayah Mohamad Isa, 28, turut mengakui kejutan kek ‘kubur’ itu sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada suaminya.

“Kalau dulu, sepaket rokok boleh habis dalam sehari, tapi sekarang dah dua hari pun belum habis satu paket.

“Alhamdulillah, suami terima teguran itu dengan mengurangkan pengambilan rokok. Saya faham, susah untuk berhenti merokok secara drastik tetapi suami berusaha ke arah itu,” katanya.

Walaupun begitu, Nurhidayah tetap memuji sikap suaminya yang tidak merokok dalam kereta atau dalam rumah mahupun depan mereka anak beranak.

“Tapi ada juga kaum wanita terutama isteri-isteri mengecam saya seolah-olah saya mendoakan suami supaya mati cepat sebab hadiahkan kek kubur.

“Cuba fahamkan maksud tersirat. Kesan merokok itu boleh membawa maut, maka sebab sayang suamilah saya tegur selain mendoakan kesejahteraan dia,” tambahnya lagi.

Kira ok lagi la buat kejutan macam ni dari bergaduh suami isterikan.. – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »