SANGGUP BERKHEMAH DARI SEMALAM UNTUK BELI TIKET (GAMBAR)

loading...
Foto: Haziqq Haziq Arbain

Acara bola sepak bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada peringkat kumpulan telah berakhir, dan kini ianya akan memasuki ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir, yang mana melibatkan 4 buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Separuh akhir bagi kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada hari yang sama, iaitu 26 Ogos (Sabtu) di mana Thailand dan Myanmar akan bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada jam 4 petang.

Manakala, bagi Malaysia yang menentang Indonesia, perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam, pada jam 8.45 malam.

Jika dilihat pada perlawanan sebelum ini, yang mana Malaysia berada dalam Kumpulan A, bersama-sama dengan Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei, di mana dalam kesemua perlawanan itu pasukan Malaysia telah menang.

Sudah pasti perlawanan yang akan berlangsung pada hari esok akan dibanjiri oleh kedua-dua penyokong, Malaysia dan Indonesia. 

Jadi, pada ketika ini, di Stadium Shah Alam, orang ramai telah mula berpusu-pusu untuk membeli tiket perlawanan, yang mana kaunter jualan dibuka pada jam 2.30 petang tadi, walaupun ada yang sudah datang sejak semalam dengan sanggup berkhemah di depan pintu kuanter tiket.







Foto: Berita Harian


Foto: Berita Harian

Foto: Berita Harian

Foto: Selangor FC

Foto: Selangor FC


Foto: Ahmad Najwan


Kredit Gambar; Berita Harian, Selangor FC
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »