'TERIMA KASIH ABANG BOMBA' - DETIK CEMAS BOMBA SELAMATKAN KUCING TERSANGKUT TINGGI DI DINDING PASAR RAYA TAMAN MELAWATI (VIDEO)

loading...



Satu video viral merakamkan aksi heroic dari anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sanggup merisikokan nyawa untuk menyelamatkan nyawa seekor kucing yang tersangkut di dinding di sebuah pasaraya di Taman Melawati.

Pengguna Twitter, Dena Bahrin, memuat naik video itu dengan berkata: "YA ALLAH, NERVOUS GILA ABANG BOMBA SELAMATKAN KUCING ! I CRIED! " katanya sambil menyatakan lokasi kejadian adalah Taman Melawati.

Video berdurasi satu minit enam saat itu menunjukkan seorang anggota bomba memanjat tinggi di bangunan terbabit untuk mencapai kucing tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi cemas apabila kucing itu melarikan diri apabila anggota bomba terbabit hampir mencapainya.

Keadaan menjadi lebih getir apabila kucing itu hampir terjatuh ketika melarikan diri


Namun ia berjaya mengangkat dirinya semula tidak lama selepas itu.

Pada saat ke 54 video tersebut, anggota bomba berkenaan terus cuba mendekati kucing terbabit. Ketika hampir tiba, kucing itu sekali lagi menggelabah dan cuba mencari jalan untuk melarikan diri.

Akhirnya, kucing itu cuba melompat melompat untuk menyeberangi gelas kaca yang menghalangnya namun gagal. Dan ketika itu, ia hilang keseimbangan badan, lalu terjatuh kebawah.

Nasib baik sudah ada anggota bomba lain yang sudah bersedia untuk menyambutnya dibahagian bawah.

Tonton video kejadian SINI


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »