VIDEO 'TARANUM MASUK GAJI' CUIT HATI NETIZEN

loading...


RAKAMAN video seorang lelaki ‘bertaranum’ selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) mengundang gelak tawa di kalangan netizen yang menontonnya di laman sosial.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, pemuda yang dikenali sebagai Rocco Al Mubarak itu dilihat membuat pergerakan mulut seakan berdendangkan bacaan surah.

Namun hakikat sebenarnya adalah mengenai gaji bulanannya yang telah masuk ke dalam akaun bank.

“Syukran (syukur) pasal gaji sudah masuk, sudah lama tunggu sejak sebelum raya.

“Hampir-hampir ke Bank Rakyat untuk mohon ‘overlap’. Malam ini bawa bini makan sate Kajang,” katanya menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu.

Video mencuit hati itu sehingga kini menerima perkongsian sebanyak 21,503 kali sejak dimuat naik pada Jumaat.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen yang begitu terhibur dengan dendangan ‘taranum masuk gaji’-nya namun tidak ketinggalan segelintir yang menyifatkan ia seolah-olah mempersendakan bacaan al-Quran.

Menurut Rocco, dia sebenarnya hanya membuat pergerakan mulut berdasarkan taranum yang dilakukan individu lain dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Difahamkan, satu video susulan akan dimuat naik pada Selasa ini bagi mendedahkan pemilik suara bertaranum itu. - SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »