"ADA SEBAB SAYA TAK BAGI SUAMI LEPAK DENGAN RAKAN-RAKAN DI KEDAI MAKAN....."

loading...

Pengalaman yang lalu telah mengajar wanita ini untuk berhati-hati. Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar isteri, sudah tentu dia mahu menjaga dan menghalang suaminya dari melakukan aktiviti maksiat. 

Bagi sesetengah orang, mungkin tindakan si isteri tidak membenarkan suami lepak dengan kawan-kawannya di warung/kedai makan adalah 'kejam'. Tetapi larangan itu bersebab bagi menjaga hubungan rumah tangga. 

Baca perkongsian dari Puan Aifa Azlan di bawah. Ambil yang jernih, buang yang keruh. 


Perempuan memang kaum yang lemah tetapi kita bukan kaum yang bodoh dan senang diperbodohkan. Saya tak kisah orang nak buat andaian apa pun terhadap saya kerana saya ada sebab-sebab tertentu untuk tidak membenarkan suami saya lepak di kedai makan dengan kawannya. 

Dulu saya pernah bercinta dengan seorang hamba Allah ini dan dia pernah terkantoi dia menjalinkan hubungan sulit dengan pelayan kedai makan itu. Yelah, hari-hari duduk lepak kedai itu dan pelayan itu pula duk "Abe abe, abe nak make gapooooo?". Hahaha, maka terjatuh cinta tanpa sengajalah mereka berdua.

Tidak lama kemudian pelayan itu menghubungi saya menggunakan nombor teman lelaki saya. Saya pada mulanya ingatkan si dia yang buat panggilan, tetapi bila jawab, terdengar suara perempuan. Terus saya naik darah dan minta perempuan itu beri telefon pada si dia. Perempuan itu pula kata teman lelaki saya pergi ke tandas. Kurang ajar, tak? 

Masa itu juga, saya terus pergi ke kedai itu dan cari si dia. Yes! Jumpa. Mula-mula sekali saya pukul dulu si dia. Memang saya sepak terajang lelaki itu. Kurang ajar sangat. 

Selang dua tiga hari kemudian, perempuan itu pula datang mencari saya. Dia datang bersama abangnya. Sedang elok kami bercakap, dia tiba-tiba bangun dan menampar pipi saya. Terkedu saya dibuatnya. Baru saja saya angkat tangan nak balas balik, abang dia datang pegang tangan saya. Drama ini disaksikan sendiri oleh adik saya. Adik mana yang tak marah bila orang sakitkan kakak dia? 

"Bakpo mu tapa kak ngoh aku nyo??? Dia ado napa mu ko??" jerit adik saya. 

"Ikut aku la. Kak ngoh mu sapo? Anak rajo ko aku takleh tapa?!" balas perempuan itu. 

Berderau darah masa dengar ayat dia. Balik rumah, terus saya ceritakan pada ibu. Ibu mana yang tak marah anaknya diperlakukan seperti itu. Terus ibu call bekas teman lelaki saya dan minta nombor perempuan itu. Ibu beri amaran, kalau perempuan itu berani datang dekat dengan saya, ibu akan buat laporan polis. 

Ada satu lagi kes tentang pelayan ini. Ayah saya, dia pergi minum di satu kedai ini. Masa itu dalam jam 4 petang. Dia minum dengan kawan-kawan sekerjanya. Kedai itu pula ada pelayan dari Siam juga. Tapi masa itu tak ada pun pelayan duduk semeja. 

Saya nampak kereta ayah di kedai itu, saya pun apa lagi naik darahlah. Ibu pun ada sekali pada waktu itu. Dari seberang jalan saya menjerit,

"Ayoh!! Balik!!"

Semua kawan-kawan ayah pandang saya. 

"Ho meta lagi ayah balik." jawab ayah. 

"Takdok meta-meta lagi, kelik slalu. Wat gapo gak make kedai pelaye siam ni ha! Kelik slalu!" 

Serius saya memang alergik dengan pelayan kedai makan yang jenis gelenya. Yang jenis suka duduk semeja dengan lelaki. Saya selalu beri amaran pada suami, kalau saya dapat tahu yang dia pergi makan yang ada pelayan, siap dia. Nasib awaklah Firdaus dapat isteri macam saya. Saya buat semua ini bersebab, tahu tak? Bukan saja-saja. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »