ADIK TIRI PRESIDEN KOREA UTARA MATI DIBUNUH DI KLIA

loading...


KUALA LUMPUR: Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ditemui mati di negara ini pada siang tadi (14 Februari), lapor Yonhap News Agency.

Kim Jong Nam merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-il.

TV Chosum melaporkan bahawa Kim telah diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh dua orang wanita yang dipercayai merupakan perisik Korea Utara.


Kedua-dua wanita itu masih belum dikenal pasti, lapor beberapa sumber daripada kerajaan Korea Selatan.

Jong Nam menyembunyikan diri di negara ini selepas pakcinya, Jang Song-thaek dibunuh Jong Un pada tahun 2014.

Mendiang sebelum ini terselamat daripada cubaan membunuh di Macau pada tahun 2011.

Walaupun Jong Nam dilihat sebagai calon pewaris takhta paling menyerlah sebelum ini, beliau menjadi kurang popular selepas insiden di mana beliau ditahan semasa hendak masuk ke negara Jepun menggunakan pasport palsu bersama-sama dua orang wanita dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata beliau hanya ingin melawat Disneyland.

Jika berita ini disahihkan, kematian Jong Nam ini akan menjadi kes pembunuhan paling berprofil tinggi dalam sejarah rejim pimpinan Kim Jong Un sejak hukuman mati Jang Song-thaek.

Jong Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »