AIRASIA PUN TUMPANG SEKAKI KUTUK BUKU TULISAN FATTAH AMIN

loading...
SEJAK semalam kecoh dengan buku tulisan pelakon Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin. Berulang kali aku nampak orang share iklan buku tersebut di media sosial.

Aku ni sebenarnya tak pernah peduli pun kisah artis-artis Malaysia ni, tapi bila isu tu jadi terlalu menular (viral), maka orang macam aku yang tak peduli ni pun secara tak sengaja ambil tahu.

Difahamkan orang ramai terutamanya 'haters' tak henti-henti mengutuk buku tersebut. Dakwa mereka, buku yang bertajuk 99 Kata-kata Fattah Amin itu, hanya dipenuhi dengan gambar selfie, dan ungkapan entah apa-apa dari Fattah.

Selain itu harga buku itu juga mahal tak masuk akal. Senaskah termasuk pos dijual pada harga RM58 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM65 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi aku memang layak jugalah kena kutuk.


Di bawah ini sebahagian kandungan buku itu yang sedang menular di laman sosial dan jadi bahan kutuk dan kritikan netizen.


Cuma aku rasa lucu, bila Syarikat Penerbangan tambang murah AirAsia pun nampaknya tumpang sekaki perli buku tersebut.

"Dulu selalu berangan nak naik kapal terbang dan nak bayar flight kurang daripada RM50. Ternyata kini telah termakbul hahaa.. kelakar kan," tulis AirAsia di laman twitter rasmi syarikat itu.



Semasa tulisan ini disiapkan, tweet tersebut menerima lebih 10k retweet dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut di twitter.
Nampaknya memang sudah jadi trend bila ada isu yang viral, syarikat-syarikat seperti AirAsia dan lain-lain akan menggunakan isu tersebut untuk menularkan profile laman sosial mereka bagi mendapat kan 'organic reach' yang luar biasa dan percuma. SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »