BUKU TEKS SEKOLAH INDIA GALAK MURID BUNUH KUCING

loading...

NEW DELHI – Sebuah syarikat penerbitan di India mencetuskan kemarahan setelah buku teks sekolah terbitannya, menggalakkan murid melemaskan anak kucing untuk eksperimen sains.

Buku kontroversi itu, yang kini digunakan ratusan buah sekolah swasta di India, turut menyelitkan satu eksperimen mudah melibatkan penggunaan dua ekor anak kucing diletakkan di dalam dua kotak berlainan.

Namun hanya sebuah kotak yang mempunyai banyak lubang kecil ditebuk agar udara semula jadi dari luar boleh masuk ke dalamnya, menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP.

“Sila letakkan anak kucing kecil dalam setiap kotak. Tutup dua kotak tersebut. Apa yang anda dapat lihat? Anak kucing di dalam kotak tanpa lubang ini sudah mati,” jelas keterangan buku teks itu.



Para aktivis hak asasi haiwan berkata beberapa sekolah sudahpun mengeluarkan muka surat memaparkan uji kaji tidak berperikemanusiaan itu daripada buku berjudul ‘Our Green World’ tersebut.

Mereka juga mendapatkan aku janji daripada pihak pengurusan syarikat penerbitan berkenaan bahawa eksperimen kejam itu tidak akan disertakan lagi dalam edisi seterusnya buku terbabit.

“Ia mungkin bodoh, tetapi mereka membahayakan kehidupan kanak-kanak dan haiwan kecil dengan menyertakan eksperimen itu,” kata Vidhi Matta, jurucakap Persekutuan Pertubuhan Perlindungan Haiwan kepada AFP.

Mengulas lanjut beliau bagaimanapun berkata pihak sekolah tidak tahu sama ada mana-mana pelajar sudah pun menjalankan eksperimen tersebut. – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »