GUNA PANTYLINER UNTUK JIMAT ELEKTRIK, PETROL (VIDEO)

loading...



KALAU nak berniaga, ayat mestilah power barulah pelanggan akan percaya dan datang berpusu-pusu.

Namun, janganlah sampai keterlaluan dalam memasaran produk hingga tergamak memperbodohkan pelanggan sendiri. Betul tak?

Sebagai contoh, apa yang dilakukan penjual tuala wanita ini menerusi perbualan WhatApps ini.





Percaya atau tidak, penjual ini mendakwa tuala wanita ini bukan sahaja mampu menyerap darah haid atau lendiran tetapi juga boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Alahai… kita yang mendengarnya pun rasa tidak munasabah dan mahu ketawa bukan?

Dalam perbualan bersama pelanggannya ini, peniaga menjelaskan penjimatan berlaku kerana pantyliner itu mempunyai ion yang boleh mengimbangkan pengaliran pada semua wayar seterusnya memberi bacaan sebenar.





Menerusi tinjuan kami di laman sosial pula, ada juga penjual bagi jenama tuala wanita sama mendakwa produk ini turut boleh menjimatkan petrol.

Pendek kata, macam-macamlah fungsi tuala wanita ini, menurut para penjualnya.

Sejauh mana kebenarannya, hanya pengguna yang pernah mencuba sahaja yang tahu. Tapi, seriously tuala wanita? Anda fikir-fikirkanlah. – SUMBER


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »