INI JALAN TERAKHIR, BANTULAH KAMI BERTIGA PULANG KE MALAYSIA ! - IRNANI MERAYU

loading...


JEDDAH, ARAB SAUDI - Video seorang wanita rakyat Malaysia yang bekerja di Jeddah, merayu bantuan orang ramai untuk membawa dia dan dua orang anaknya pulang ke Malaysia, viral di media sosial

Irnani Osman yang bekerja sebagai jururawat difahamkan telah diceraikan oleh suaminya tanpa diberi nafkah dan hidup bersendirian ingin pulang ke tanahair namun terhalang disebabkan keengganan suami memberi kerjasama. 

Irnani telah memohon bantuan dari pihak konsulat dan kedutaan Malaysia serta pihak berkuasa di Jeddah, namun usaha itu gagal. 

Justeru, si ibu memohon agar sahabat-sahabat media, agensi kerajaan, NGO dapat tampil membantunya. 

Berikut dialog luahan Puan Irnani dalam video berkenaan:

"Saya Irnani binti Osman, bekerja di Jeddah, sudah berumah tangga selama enam tahun. Baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember tahun lalu. 

"Kini saya ingin pulang ke Malaysia dengan anak-anak saya. Masalahnya saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang, disebabkan permasalah visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya.


"Kami tidak ada tempat untuk tinggal. Cuma menumpang di rumah kawan-kawan selama sebulan ini. Saya cuba mendapatkan bantuan dari konsulat Malaysia di Jeddah, namun mereka tidak dapat membantu. 

"Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin. kami tiada sesiapa di sini. 

"Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor ketiga dan kandungan baru berusia 4 bulan. Saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa yang dapat membawa kami bertiga pulang," katanya.

Apa pun kisah di sebaliknya, hanya Puan Irnani dan bekas suaminya sahaja yang tahu. Semoga ada pihak yang tampil membantu Puan Irnani dan dua orang anak kecilnya.

KEMASKINI 3.44 PETANG 5 FEBRUARY 2017

Susulan siaran rayuan seorang ibu yang meminta bantuan orang ramai membantu mereka pulang ke Malaysia, seorang penduduk Malaysia yang bermastautin di Jeddah tampil menafikan dakwaan wanita berkenaan.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan konsulat Malaysia di Jeddah tidak membantu, sedangkan usaha membantu wanita berkenaan sedang dilakukan. Baca penjelasan beliau di bawah:







The Reporter ingin menegaskan bahawa apa yang ditulis adalah berdasarkan apa yang dikongsikan oleh saudara Abam Manz dan juga Puan Irnani sendiri seperti yang diperkatakan dalam video viral berkenaan. Tiada sebarang niat mahu mengeruhkan keadaan selain memohon orang ramai tampil membantu Puan Irnani dan anak-anaknya pulang ke Malaysia.

Justeru, netizen dinasihatkan tidak menunding jari pada pihak konsulat Malaysia dan berhenti memberikan sebarang komen yang negatif terhadap bekas suami Puan Irnani.

SUMBER: THEREPORTER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »