KJ ARAH SOKONG ANNUAR MUSA JADI PRESIDEN FAM

loading...

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa banyak persatuan negeri akan beri sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa bagi mengisi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendakwa mendapat tahu persatuan bola sepak negeri terbabit menyokong Annuar kerana mendapat arahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“FAM tidak memerlukan seseorang yang kelaparan untuk berkuasa dan berpura-pura berkhidmat kepada rakyat. Ini adalah organisasi yang indah tetapi ia telah dimusnahkan sama sekali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa belum masa sesuai untuk bercakap mengenai keinginan atau visi saya. Namun saya akan berkongsi dengan rakyat tidak lama lagi.

“Tidak ada guna beritahu orang sekarang dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan sokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dan Annuar yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah dua calon bagi mengisi jawatan Presiden FAM yang baharu.

Tunku Ismail seterusnya mendakwa baginda adalah seorang yang akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan sesebuah organisasi dan JDT adalah buktinya.

Baginda memberi jaminan akan melakukan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh peminat bola sepak Malaysia demi rakyat dalam tempoh yang singkat sekiranya menjadi Presiden FAM. – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »