MARIO GOMEZ BAKAL JURULATIH PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA ?

loading...

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan utn menerima pencalonan bagi bertanding dalam jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

TMJ memberi hint tersebut menerusi satu kemaskini status di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

"TMJ bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka," tulis status itu.

Perkataan 'bakal jurulatih pasukan kebangsaan' itu jelas menunjukkan bahawa TMJ akan mengambil bahagian dalam perebutan jawatan itu.

Semalam, TMJ juga sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menerajui FAM serta bertitah kepada anakanda baginda supaya mengubah air muka bola sepak negara.

Mario Gomez yang merupakan bekas ketua jurulatih JDT telah membawa banyak kejayaan sepanjang mengendali pasukan berkenaan antaranya melakar sejarah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »