SELALU KITA DENGAR JIKA HIDUNG BERDARAH MESTI MENDONGAKKAN KEPALA, INI PETUA YANG BETUL SEBENARNYA (6 GAMBAR)

loading...

Selalunya bila cuaca tersangat panas, ada di antara kita akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis. Dan perkara yang selalu kita buat adalah mendongkkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti.

Tapi, tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.

Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.


Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:

1. Memicit hidung, dan
2. Tundukkan kepala ke bawah.


3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.


4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda.


5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.


6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.




Dengan perkongsian ini, diharap anda boleh melakukan cara yang sebetulnya jika berhadapan dengan situasi hidung berdarah, jangan lagi mendongakkan kepala kerana ianya salah sama sekali.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »