AKSI ABANG BOMBA SEMPAT TARIK REMAJA TERJUN BANGUNAN (VIDEO)

loading...


PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas dipercayai cuba terjun bangunan di Apartmen Medan Cahaya, Taman Medan Cahaya di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi Rabu itu, remaja tersebut dipercayai cuba terjun dari tingkat 5 apartmen berkenaan namun disedari oleh orang ramai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, seramai 13 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta Sungai Penchala bergegas ke lokasi.

“Kami menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang remaja cuba terjun dari tingkat lima sebuah apartmen.

“Pegawai yang ke lokasi cuba memujuk remaja itu sebelum menyelamatkannya,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana berada dalam keadaan lemah.

Kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial dan sebuah video memaparkan remaja tersebut bergayut pada besi tempat simpanan barang pada bahagian belakang apartmen.

Terdapat tangan yang memeluk badan mangsa sebelum anggota bomba menariknya masuk ke dalam bangunan dan diselamatkan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan motif mangsa melakukan perbuatan tersebut. – SUMBER


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »