JURURAWAT JADI HEROIN SELEPAS BERHENTI UNTUK SELAMATKAN MANGSA KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA

loading...

Seorang jururawat diangkat sebagai hero apabila dia membawa profesisonnya itu di luar waktu dan kawasannya bekerja.

Jururawat dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis itu dipuji oleh orang ramai kerana melaksanakan tanggungjawabnya merawat seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Azizan Ishak, beberapa hari lepas.

Di dalam posting bertajuk "Tabik Kakak Jururawat" itu, Azizan berkata kemalangan tersebut berlaku di jalan Kangar-Alor Setar pada jam 7 pgi.

"Mangsa penunggang motosikal tak sedarkan diri, darah meleleh keluar dari telinga.

"Kami tak tahu nak buat apa, ambulan dan polis 30 minit dihubungi tapi belum muncul," cerita Azizan.

Kata Azizan lagi, jururawat terbabit yang dalam perjalanan ke tempat kerja berhenti di kawasan kejadian dan terus memberi bantuan.

"Sangat professional kerjanya, sambil telefon semula ambulan." kata Azizan.

Menurut Azizan juga, JPAM tiba di tempat kejadian dan mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan jabatan itu.



Pengguna Facebook mengucapkan tahniah kepada jururawat terbabit kerana tindakan pantasnya.

Helmi Azhar menulis: "Salute umi nurse Izzaty Razali".

"Tahniah sis.. jutaan terima kasih kepada akak nurse ni. Anda super hero rakyat malaysia. Kami sgt berbangga penjawat awam yg sgt dedikari dan perihatin seperti anda.." tulis Zuffry Daniel pula.

Sumber: FB Azizan Ishak,
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »