loading...
DALAM setiap majlis anugerah atau festival yang melibatkan selebriti, pastinya ramai yang teruja untuk melihat fesyen dan busana gemerlapan yang bakal digayakan oleh individu-individu glamor tersebut.
Namun begitu, ianya menjadi mimpi ngeri buat sesetengah dari mereka sekiranya busana yang digayakan boleh ‘memakan’ diri si pemakai.
Macam yang terjadi kepada model terkenal Bella Hadid yang mengalami kegagalan berpakaian (wardrobe malfunction) saat melangkah di karpet merah Festival Filem Cannes 2017, semalam.
Bella yang memakai gaun berwarna pink lembut itu tidak menyedari belahan tinggi skirtnya tersingkap sehingga telah ‘membelanjakan’ penonton dengan seluar dalam rona kulit yang dipakainya.
Selain Bella, festival itu turut meriah dihadiri ramai selebriti A-list Hollywood seperti Susan Sarandon, Jessica Chastain dan Julianne Moore yang turut sama bergaya mewah dan glamor. – MYNEWSHUB.CC
loading...