BUDAK 9 TAHUN DAKWA DIDERA & DIHALAU IBU (VIDEO)

loading...

BAWA DIRI… Gara-gara nakal, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa dirinya dihalau dari rumah ibunya sendiri di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah.

Kanak-kanak terbabit bagaimanapun ditemui bersendirian di tepi jalan belakang sebuah sekolah oleh seorang pengawal keselamatan.

Harian Metro melaporkan, kanak-kanak tersebut mendakwa hanya diberi RM3 sebelum dihalau oleh ibunya dan disuruh pulang ke rumah ayahnya di Kelantan.

Kanak-kanak tersebut turut mendakwa dia dimarahi ibu dan kerana takut dipukul jika ingkar, dia terus beredar sambil membawa beg pakaian dan menuju ke arah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir (SKSP).

Murid tahun tiga itu dikatakan pernah dipukul oleh ibunya dan tidak dibenarkan ke sekolah sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, pengawal keselamatan terbabit yang dalam perjalanan ke sekolah, menemui kanak-kanak itu menggalas sebuah beg sekolah.

Apabila ditanya, kanak-kanak tersebut mendakwa dia telah dihalau keluar oleh ibunya selain turut dipukul.

“Siasatan polis mendapati, mangsa sebelum ini dijaga oleh neneknya yang tinggal di Jeli, Kelantan, sebelum dijaga pula ibunya sejak Disember tahun lalu.

“Sewaktu diambil oleh ibunya, terdapat kesan parut pada badannya, dan selepas disoal dia mendakwa dipukul kerana kenakalannya,” kata Md. Zukir.

Menurutnya lagi, ibu kanak-kanak terbabit mendaftarkan anaknya untuk bersekolah namun pihak sekolah memberitahu bahawa dia sering menimbulkan masalah di sekolah termasuklah mencuri barang dan bergaduh.

“Akhirnya kanak-kanak itu dihantar ke rumah neneknya di Baling, tetapi tahap kenakalannya menyebabkan neneknya enggan menjaga dan menyerahkan semula kepada ibunya.

“Ibu mangsa mengaku ada memukul kanak-kanak itu untuk mendidik, namun tiada sebarang kecederaan serius yang dikesan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan kanak-kanak itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »