'CAN U SEND ME YOUR FULL T*TS PIC....' - PENYAMPAI RADIO TEMPATAN MINTA GAMBAR LUCAH

loading...


KECOH di laman Twitter baru-baru ini apabila satu screenshot mesej seorang penyampai radio tempatan bersama seorang gadis dari Sepanyol menjadi tular di laman sosial.

Menerusi mesej tersebut, penyampai radio itu dikatakan telah meminta gambar buah dada gadis tersebut yang juga merupakan Instafamous secara direct message di laman Instagram.




“Can you send your full….picture. I love your tits..,” tulisnya.

Mesej itu didedahkan oleh seorang netizen yang dikenali sebagai Jilliyana, yang juga merupakan rakan kepada gadis tersebut.

“Lelaki Melayu zaman sekarang. He send this to my Spanish friend. What an idiot?“ tulis Jilliyana.

Perkongsian itu ternyata mengejutkan peminat tanah air sekali gus membuatkan penyampai radio tersebut teruk menerima kritikan.

Susulan dakwaan itu, penyampai radio di sebuah stesen tempatan berkenaan tampil menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa laman Instagramnya telah digodam.

“Aku kena hack dan ini bukan aku!!! Kepada yang godam aku ini tolong hentikan!!! Ini bukan aku!” antara katanya.

Bagaimanapun, kami difahamkan laman Instagram lelaki ini telah dinyahaktif atas sebab yang tidak diketahui.


Dalam pada itu, ada yang percaya dia bertindak sedemikian dan ada juga yang tidak mempercayainya memandangkan pernah mengalami insiden akaun Instagramnya pernah digodam sebelum ini.

“Rasanya saya percaya account dia kena hack… Account saya juga pernah cuba dicerobohi dan rasanya dia tak lah sebodoh itu nak guna account sendiri untuk minta gambar yang bukan-bukan,” tulis Rose Hassan.

“DM itu bukan dia yang hantar dan akaun tu memang diceroboh oleh pihak yang tak bertanggung jawab. Saya kenal dia, dan dia bukan orang begitu. Ada ke orang yang nak jatuhkan air muka sendiri guna akaun sendiri buat benda yang akan memalukan diri? Stop sebarkan fitnah ni,” kata Hirfarizuan.

Kalau betul akaun Instagram penyampai radio ini digodam, alahai kesian sungguh tak pasal-pasal dicaci atas perbuatan orang lain.

Apa pun, gadis Sepanyol itu memang cantik dan gambar-gambarnya pun memang seksi habis! Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk membuat atau meminta perkara-perkara yang tidak senonoh. Ye dak? – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »