PASANGAN WARGA EMAS NIKAH TANPA SEURAT BENANG

loading...

PASANGAN kekasih warga emas, Jeff Adams dan Sue nampaknya memang sangat ‘berjimat’ dalam perbelanjaan majlis perkahwinan mereka apabila tidak perlu berbelanja besar dari segi busana kahwin untuk meraikan hari bahagia mereka.

Ini kerana Jeff dan Sue mengambil keputusan mengabadikan upacara pernikahan mereka dengan hanya ‘berbusanakan’ telanjang bulat.

Jeff, 54, dan Sue, 47, kedua-duanya berasal dari England melangsungkan pernikahan di sebuah resort di Toowoomba, Queensland, Australia, baru-baru ini.

Menurut Sue, perkahwinan kali keduanya ini baharu betul-betul dia dapat mencapai impiannya untuk bergaya ‘natural’.


“Ini adalah peluang untuk saya abadikan tema perkahwinan yang diingini, sebab pada perkahwinan pertama saya tak dapat berbuat demikian.

“Pada saya majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam kehidupan seseorang dan saya tak dapat semua itu dalam majlis perkahwinan sebelum ini.

“Jadi untuk kali ini saya pastikan pernikahan saya dengan Jeff akan mengikut seperti mana kata hati kami, jika ada yang tak dapat menerimanya (tema bogel), kami tak ambil kisah pun,” kata Sue.

Sue, ibu tiga anak, dan Jeff berkenalan di laman sosial dua tahun lalu sebelum mengetahui yang mereka sebenarnya tinggal berdekatan satu sama lain di sebuah perkampungan di Queensland.

Selepas hampir empat bulan berkenalan, mereka meluangkan masa bercuti bersama di sebuah pantai yang dibenarkan untuk berbogel di Byron Bay, New South Wales selain pernah melancong ke sebuah resort nudist (gelaran untuk orang yang suka bertelanjang di kawasan terbuka) di Croatia pada Jun tahun lalu.

Jeff melamar Sue di lokasi sama dengan majis perkahwinan mereka pada Oktober lalu.


“Walaupun tiada seorang pun ahli keluarga kami yang datang, kami tetap gembira dengan perjalanan majlis perkahwinan seperti mana yang dikehendaki.

“Kebanyakan jemputan kami hendak datang, tapi bila mengetahui tema majlis adalah perlu datang berbogel, mereka keberatan, mungkin mereka takut nak tayang badan di hadapan orang ramai.

“Orang akan jadi lebih ramah dan terbuka dengan kita bila kita berbogel. Tiada apa yang perlu disembunyikan, tiada siapa yang mahu ‘bergusti’ dengan lelaki bogel,”ujar Jeff lagi bagi mempertahankan hujah tema perkahwinan yang dipilih mereka. – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »