'DAVID TEO DIBERI 3 HARI BUAT PERMOHONAN MAAF, JIKA ENGGAN......'- GPMN

loading...


GERAKAN Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) menggesa penerbit filem, David Teo memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran bersikap biadap pada majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam.

Presidennya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata permohonan maaf itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga hari dan sekiranya David gagal berbuat demikian secara langsung, badan NGO itu akan menggerakkan protes terhadapnya.

“Saya mahu dia memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan ia perlu dibuat secara langsung.

“Jika dia enggan berbuat demikian, maka permohonan maaf beliau (malam tadi) tidak ikhlas, sekadar di bibir,” kata Razali memetik sebuah portal berita tempatan.


Tambahnya, GMPN akan menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan sewajarnya, jika David gagal melakukan permohonan maaf berkenaan.

“Perdana menteri mewakili semua rakyat Malaysia. Kita tak nak lagi berulang dalam TN50 lain, maka satu tindakan perlu diambil ke atas David bagi pengajaran kepada semua orang tak kira bangsa.

“Jangan biadab kepada perdana menteri terutama dalam majlis rasmi. Itu majlis rasmi,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian, Razali mengatakan insiden itu tidak akan berlaku sekiranya David tidak memulakan dahulu, namun ianya sudah terlambat sehingga memaksa Sulaiman Yassin ‘turun padang’.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Sulaiman yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menghentikan ucapan David dengan mengambil tindakan segera.

“Kalau David tak bertindak kurang ajar dan biadap, tidak terjadi tindakan penampar daripada Mat Over.

“Kesilapan, permulaan dan juga punca adalah daripada David Teo yang meninggikan suara,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Mat Over adalah wajar kerana jika pelakon itu tidak melakukan sesuatu pada waktu itu, mungkin ada pihak lain yang akan campur tangan seterusnya memaksa segelintir pihak untuk bersikap tidak sopan pada majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. DAVID TEO KENA LEMPANG OLEH MAT OVER DI DEPAN PERDANA MENTERI (3 VIDEO)

2. UPDATE: 'MUJUR SAYA DAPAT MENGAWAL KEMARAHAN' - DATUK ROSYAM NOR
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »