JEMAAH MASJID BANTU TOLAK KERETA AUNTY CINA (VIDEO)

loading...

TINDAKAN sekumpulan jemaah masjid yang berganding bahu membantu menolak kereta rosak milik seorang pemandu wanita berbangsa Cina menerima pujian daripada netizen.

Dalam kejadian pada petang jumaat lalu, kereta milik wanita Cina tersebut rosak di Jalan Kelawei, Pulau Pinang menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

Prihatin dengan kesusahan wanita terbabit, kira-kira 14 jemaah yang sedang menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat dilihat bersama-sama menolak kereta terbabit ke bahu jalan.



Kejadian tersebut telah disaksikan sendiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebelum memuat naik rakaman itu ke dalam laman Facebooknya.

“Sikap toleransi yang ditunjukkan ini yang perlu kita pupuk. Kereta seorang aunty rosak di tengah jalan yang sibuk di hadapan Masjid Kelawai semasa khutbah Jumaat diubah oleh para jemaah masjid.

“Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Jika ada yang memerlukan pertolongan, kita perlu bantu tanpa mengira agama dan bangsa,” tulisnya di dalam kapsyen.

Bakhtiar menambah, beliau tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular, mungkin disebabkan ia mempunyai kaitan dengan isu seorang lelaki membunyikan hon semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat minggu lalu.

“Kali ini ia langsung tiada kena mengena dengan pergaduhan, hanya sikap toleransi dan semangat saling membantu . Ini yang rakyat Malaysia mahu tengok,” katanya lagi.

Sementara itu, netizen yang melihat rakaman video tersebut turut memuji sikap yang ditonjolkan masyarakat di negara ini.

“Love Penang. Di Pulau Pinang kita semua adik-beradik tak kira Melayu, Cina, India saling membantu di antara satu sama lain,” tulis Rsn Rayer.

Manakala Kelvin Liew berkata “Jom pakat viralkan video yang menonjolkan muafakat dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Moga kebaikan menjadi viral dalam masyarakat majmuk Malaysia .” 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »