SINDIR FMMLP: 'YA, KITA KELANTAN PASUKAN MISKIN, DIDOKONG ORANG YANG TIADA PANGKAT ATAU KUASA'

loading...

KUALA LUMPUR – “Ya kita Kelantan pasukan miskin, pasukan kais pagi makan pagi. Pasukan yang didokong orang yang tiada pangkat atau kuasa. Bukan Menteri Besar atau Istana. Namun, janganlah buat sesuka hati. Kita hanya mahu keadilan dalam bersukan.”

Demikian luahan penaja utama pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warrios(TRW), Tan Sri Annuar Musa berhubung sekatan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk TRW mendaftarkan pemain import baharu, Abou Bakr Al-Mel.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan untuk Kelantan menambah baik pasukan hanya kerana pasukan itu miskin.

“Kelantan tidak di bawa berunding (oleh FMLLP) supaya masalah difahami. Bermula dengan pelbagai tuduhan terhadap saya hingga merebak kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak cukup di situ, pasukan Kelantan dipotong mata. Kemudian mahu dihalang usaha penambahbaikan. Apakah salah kalau TRW diperkuatkan atau kerana Kelantan miskin dibolehkan jual segala yang ada tetapi tidak boleh dibaiki atau diperkuatkan kembali. Biar terus mati, hadapi relegasi dan tidak mencabar sesiapa lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, Annuar membidas FMLLP kerana didakwa memberi pelbagai alasan untuk menyekat TRW daripada membawa masuk import baharu untuk menggantikan Mohammed Ghaddar yang dibeli oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dakwanya, mula-mula FMLLP memberi alasan sekatan dikenakan kerana isu tunggakan gaji dan pendaftaran baharu hanya boleh dibenarkan jika ia tidak melibatkan kos tambahan dan alasan terbaru kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran.

Mengulas lanjut perkara itu, Annuar berkata, Kelantan menyedari pasukan tersebut tidak memiliki wang yang banyak tetapi sejarah membuktikan TRW menjadi juara sebelum ini bukan kerana kekayaan atau kuasa, sebaliknya disebabkan usaha dan semangat waja.

“Kita (TRW) tidak putus asa, tidak akan mati walau didenda, tidak menyerah walau dihina, tidak pecah walau di adu domba, tak mengalah walau dirampas semua,” katanya.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »