SOO SWEET! SHAHEIZY SAM ANGAU TENGOK ANAK (VIDEO)

loading...

SEJAK bergelar bapa lebih dua minggu lalu, aktor Shaheizy Sam mengakui hidupnya berubah 180 darjah.

Menurut Sam, dia kini banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.

“Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.

“Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

“Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.

“Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Sam, bayi lelakinya yang masih belum didedahkan namanya itu tidak banyak meragam dan berada dalam keadaan yang sihat.

“Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja,” ujarnya.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah 6 tahun berkenalan.

Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 9 Mei lalu.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »