DISENGAT RATUSAN TEBUAN, ADIK DAN KAKAK TIDAK DAPAT DISELAMATKAN

loading...


DUNGUN: Dua orang adik-beradik menjadi mangsa sengatan tebuan sehingga membawa maut setelah bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Kelmarin, Iffriah Darwisah Abdul Wahab Hadi, 3, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 malam di Hospital Dungun akibat di sengatan tebuan.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, Irdina Batrisya Abdul Wahab Al-Hadi, 8, meninggal dunia di sisi ibunya, Zuriati Abdul Ghafar, 35, di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut datuk saudara mangsa, Sudin Ibrahim, 49, Irdina dimasukkan ke ICU kelmarin selepas keadaannya bertambah kritikal.

"Doktor sudah berusaha sedaya-upaya tetapi Irdina tidak dapat diselamatkan.

"Selepas adik, kakak pula," katanya di sini, pagi ini.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Tiong di sini, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian kelmarin, Irdina dan adiknya Iffriah sedang bermain di depan rumah mereka kira-kira jam 6.30 petang sebelum mereka di serang ratusan tebuan.

Turut berada di tempat kejadian, Izzat Al Haziq, 6, sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »