'I'M WITH YOU, MENTAL JANGAN CEPAT KOYAK' - TMJ (VIDEO)

loading...

JOHOR BAHRU – “Jika itu dikira sebagai penalti, maka akan ada 10 penalti dalam setiap perlawanan,” kata pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata baginda, itu pandangan yang dikemukakan individu lain kepadanya berhubung tindakan pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2017 malam tadi memberi sepakan penalti kepada pasukan Ceres Negros.

Tunku Ismail bagaimanapun berharap penyokong JDT tetap bertenang dengan perkara itu kerana perlawanan berkenaan telah pun tamat.

“Dia cakap tadi jika itu penalti bermakna dalam setiap perlawanan akan ada 10 penalti. Perlawanan sudah tamat maka bertenang.

“Macam kita (JDT) tak pernah menang piala dah 24 tahun. Baru tahun lepas. Penyokong lain pula cakap banyak. Pernah menang atau masuk separuh akhir Piala AFC? Diam sajalah,” katanya dalam satu rakaman video malam tadi.

JDT gagal mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan Piala AFC musim ini selepas tewas kepada Ceres Negros dari Filipina apabila pengadil perlawanan memberi sepakan penalti kepada pasukan lawan pada minit terakhir perlawanan.

Keputusan pengadil itu menimbulkan kontroversi dan dipertikai ramai pihak termasuk pengulas perlawanan berkenaan yang menyifatkan ia satu keputusan yang tidak tepat.

Perkara itu turut menyebabkan penjaga gol Farizal Marlias bertindak menolak pengadil perlawanan di atas padang selepas dikenakan kad merah kerana memprotes keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail meminta penyokong JDT supaya ‘mental tidak koyak’ kerana dikutuk penyokong pasukan lain dalam negara disebabkan kekalahan itu.

“Kepada penyokong semua mental jangan cepat ‘koyak’. Baru kena ejek mental dah ‘koyak’. Inj kena ejek beberapa tahun ‘tak lut’. Terus kekal bersama pasukan,” katanya.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »