DATUK SITI NURHALIZA HAMIL ?

loading...

DATUK Seri Khalid Mohd Jiwa yang merupakan suami kepada penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza meminta orang ramai menghentikan spekulasi yang bertebaran mendakwa isterinya kini hamil.

Menurut Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga, pastinya kehadiran cahaya mata ditunggu-tunggu mereka selain meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Sebelum ini tersebar sebuah cerita bila mana ada pihak dikhabarkan menyebarkan sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin sehingga menyebabkan berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza.

Memetik laporan sebuah portal, satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

Susulan kenyataan Datuk K diharapkan semua pihak menghentikan spekulasi yang mendakwa kini Siti sedang hamil.

Siti pada Disember 2015 pernah mengalami keguguran setelah usia kandungannya mencecah dua bulan. – 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »