ISU PPIM: 9 NAGA & 4 RAJA SYURGA SEBENARNYA WARISAN TINGGALAN BRITISH - AHLI AKADEMIK

loading...


Tak lama dulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan mengenai kewujudan '9 Naga' yang didakwa menguasai dan mengawal semua aktiviti tidak bermoral di dalam negara, terutamanya aktiviti perjudian yang mampu mengaut keuntungan RM 5 bilion sebulan.

Malah PPIM turut mendakwa bahawa '9 Naga' ini turut mempunyai 'orang dalam' dalam kalangan agensi penguatkuasaan negara hingga mampu menukar mana-mana anggota yang mampu menggugat aktiviti mereka, dalam tempoh 24 jam. Walaupun baru didedahkan, PPIM mendakwa kewujudan organisasi ini sudah pun sekian lama bertapak di Malaysia.

Seorang ahli akademik yang dikenali sebagai Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah telah berkongsi mengenai sejarah kewujudan '9 Naga' ataupun ketika dulu dikenali sebagai '4 Raja Syurga'. Jom ikuti perkongsiaannya di bawah.

Isu sembilan (9) Naga yang diperjuangkan Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mungkin ada kebenarannya. Istilah 9 Naga ini merupakan hasil warisan peninggalan penjajah British.

Ini disebabkan British menggunakan konsep perjudian sebagai salah satu modus operandi dalam menarik sokongan masyarakat Malaya dalam gerakan penentangan ke atas komunis antara tahun 1948 hingga 1960.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak British menghadapi masalah kewangan dan ditambah pula dengan boikot kaum pekerja yang dipengaruhi gerakan komunis.

Maka sebagai alternatif dalam menarik sokongan kaum pekerja yang rata-ratanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

British telah memperkenalkan konsep perloterian dan perjudian lumba kuda. Melalui modus operandi ini sebahagian kaum pekerja menjadi ketagih dan mula menjauhkan diri daripada anasir-anasir komunis.

Akhirnya muncul konsep kongsi gelap yang baharu dan disokong British dalam menghadapi peperangan menentang komunis. Ini terbukti dalam kes gerakan komunis sangat memusuhi kongsi gelap di Shang Hai dan berjaya memusnahkannya pada tahun 1949.

Konsep kongsi gelap ini mulai berubah apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan peperangan Vietnam pada tahun 70-an.

Perubahan ini disebabkan modus operandi kongsi gelap telah beralih kepada perniagaan dadah dan pelacuran. Pembukaan kelab malam dan pengenalan budaya hipster atau budaya A-go-go telah merancakkan lagi perniagaan dunia gelap.

Akhirnya pada lewat 80-an telah muncul beberapa ketua kongsi gelap yang dikenali 4 Raja Syurga yang berkuasa dalam dunia gelap.

Ini disebabkan beberapa kumpulan kongsi gelap kecil yang dikenali sebagai Naga telah bergabung untuk menyokong Raja Syurga dan dibantu 9 individu yang digelar Harimau Kawasan. Modus operandi dunia gelap pada zaman 80-an dan 90-an bertumpu kepada perjudian, pelacuran, dadah dan peras ugut untuk wang perlindungan.

Sejak tahun 2000, modus operandi dunia gelap mula beralih kepada perniagaan yang sah melalui industri hiburan, perhotelan, makanan, rokok dan peruncitan.

Melalui dana pusingan modal yang berbilion ini dalam dunia gelap telah disuci hati menjadi wang sah dalam perniagaan yang diiktiraf undang-undang.

Mereka juga telah bekerjasama dengan kartel-kartel perniagaan untuk mengawal harga sesuatu barangan di pasaran. Ini disebabkan terdapat penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam Dunia Gelap.

Bantuan dunia gelap ini boleh difahami kerana mereka turut sama menyokong sesetengah pemimpin masyarakat dalam pilihan raya umum terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan sebagainya. Sokongan mereka juga dapat memastikan keamanan dan keharmonian hubungan etnik dalam sesuatu kawasan. Ini disebabkan pada hari ini, penglibatan kongsi gelap Melayu, kongsi gelap India, kongsi gelap Sabah dan Sarawak telah berada bersama dalam sokongan kewujudan dunia gelap.

Hubungan kongsi gelap dan gengster berbagai etnik dalam dunia gelap lebih harmoni, saling menghormati dan berdasarkan muafakat bersama.

Maka tidak menghairankan adalah sukar berlakunya pergaduhan kongsi gelap antara etnik di negara ini. Walaupun begitu, dunia gelap ini masih didominasi oleh kongsi gelap dan corak struktur kepimpinan organisasi dunia gelap hampir sama dengan corak dunia gelap Timur Jauh.

Rasuah dan ugutan adalah satu kebiasaan dalam modus operandi dengan pihak berwajib seperti amalan kongsi gelap dunia gelap Timur Jauh.

Cuma kini pemerdagangan manusia dan senjata menjadikan Malaysia sebagai hab persinggahan sementara sebelum bergerak ke negara sasaran.

Hab persinggahan sementara ini menjadikan 9 Naga dalam dunia gelap diperlukan oleh dunia gelap negara lain. Sebagai balasan, mereka mampu menjalankan perniagaan pesisir pantai yang dapat mengelakkan percukaian.

Melalui cara ini, perniagaan yang sah tersebut dapat mengelakkan dikenakan cukai jutaan ringgit. Ada kalanya mencecah ratusan juta ringgit. Wang tersebut digunakan balik untuk peminjaman tanpa berlesen atau berlesen kepada sesiapa yang memerlukannya.

Putaran wang modal ini akhirnya berjaya disuci hati dan digunakan untuk pembelian aset seperti tanah dan bangunan di luar negara.

Kejayaan dunia gelap merekrut ahli-ahli baharu untuk terlibat sama ada sebagai pekerja atau penggerak disebabkan faktor ekonomi.

Ditambah pula, dengan kesukaran untuk mendapat kerja bagi mereka yang tercicir daripada alam persekolahan menyebabkan penglibatan ini menjadi mudah.

Tekanan kos sara hidup dan ingin bermewah turut menyumbangkan kepada pengukuhan dunia gelap.

Pada masa kini kumpulan-kumpulan Harimau Kawasan terdiri daripada berbagai-bagai etnik dan juga wanita.

Mereka mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri. Setiap kepimpinan tidak diwarisi daripada seorang ayah atau ibu kepada anak.

Tetapi ditentukan oleh sokongan harimau-harimau kawasan. Inilah kehidupan dalam dunia gelap. Tidak jauh berbeza dengan dunia cerah yang seperti kita lihat dalam dunia realiti. Cuma yang memisahkan adalah pekerjaan dan kehidupan kita dengan mereka.

Sumber : Sinar Harian






Blogger ( 0 ulasan )



Sedang Hangat

Hari ini

6 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

4 November 2017



Top 10 Minggu Ini














Terkini

Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017



Viral


3 November 2017

3 November 2017

1 November 2017

31 Oktober 2017

30 Oktober 2017

30 Oktober 2017

30 Oktober 2017



©2014 Siakapkeli

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »