'KENAPALAH ORANG MELAYU NI SUKA MENGUTUK? SAYA BERGURAU JE PASAL JAM ROLEX' (VIDEO)

loading...


"Kenapalah orang Melayu ni suka mengutuk? Saya bergurau je pasal jam Rolex," demikian kata jutawan kosmetik Dato' Aliff Syukri yang kesal dengan tindakan netizen mengecam video gurauannya yang dimuat naik di Instagram dua hari yang lalu. 

"Itu pun boleh jadi issue gara-gara makan di lantai. Cuba tengok balik video tu. Kalau korang tau dan biasa ke oversea, tau lah kenapa saya buat macam ni.

"Saya pergi by group lebih 13 orang. Kalau 12 hari nak makan di luar, mahu RM70,000 hingga RM100,000 untuk belanja makan je. Jadi, tak salah kan kalau saya nak berjimat," katanya. 

Semalam sebuah portal hiburan menyiarkan video Dato' Aliff Syukri yang didakwa riak dengan jam jenama Rolex dan cincin berlian 14 karat, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Dalam video yang dmuat naik oleh jutawan kosmetik itu menyatakan, 

"Saya tengah makan masakan daripada rumah, isteri saya kat rumah. Yang penting kita di Kota Switzerland. Kita ada sambal.

"Takpelah korang kutuk, kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex. Baru beli ni. 


"Kutuk, kutuk, tak apa. Kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex? Tak ada, kan? Jahatlah. Gurau je," selorohnya. 



Bagaimanapun ada segelintir netizen merasakan kata-kata Dato' Aliff itu keterlaluan, lalu mengecamnya secara terbuka di media sosial. 

"Terkejut dengan keriakan dato. Kita semua manusia biasa saja. Kalau Allah kasi kita rezeki lebih, tak payalah kita nak menunjuk. Ini semua kekayaan bukan milik kita pun. Sekadar pinjaman semata-mata. Nanti dah meninggal dunia pun sama saja tempatnya," kata BabyGal32.bg. 

"Jam Rolex dan cincin berlian 4 karat tak boleh bawa ke kubur pun. Allah suka jutawan yang pemurah, bukan jutawan yang riak. Tan Sri Mukhtar Al-Bukhari lagi kaya dari Dato Syukri, ada dia menunjuk-nunjuk? Dato Syukri tak masuk senarai 40 orang paling kaya di Malaysia pun," kata Perfume.SimplyFamous.
Walaupun dikecam dengan teruk, ramai followersnya menasihatkan Dato' Aliff Syukri mengabaikan saja komen-komen haters yang tidak mendatangkan faedah untuk dibaca. SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »