PEMILIK SEBENAR HUMMER KUNING BERNILAI LEBIH DARI RM1 JUTA

loading...


Hummer limosin mewah H2 berwarna kuning yang dilengkapi 18 tempat duduk menjadi tumpuan ramai apabila netizen menyangka kereta itu untuk kegunaan majlis perkahwinan puteri tunggal Johor.

Namun, kereta tersebut bukanlah untuk kegunaan majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah seperti yang digembar-gemburkan.

Syarikat penjual kenderaan mewah, 23 Motors Sdn.Bhd. mengesahkan seorang individu telah membeli limousin jenama Hummer H2 berharga lebih RM 1 juta.


Jurucakap kepada syarikat tersebut menyatakan kenderaan mewah berkenaan dibeli oleh seseorang namun dia enggan mendedahkan identitinya dengan alasan perkara itu adalah sulit.

Kereta itu dilihat berlegar-legar sekitar Muar dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini hingga gambarnya menular di media sosial.

Tambah jurucakap itu lagi, pihaknya mahu semua ppengguna laman sosial segera menghentikan perbuatan penyebaran gambar-gambar Hummer H2 tersebut dan mendakwa ia bakal digunakan pada hari perkahwinan Tunku Tun Aminah.



Sumber- Kosmo!
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »