WANITA HAMIL LARI SELEPAS LANGGAR KANAK-KANAK (VIDEO)

loading...

GUANGDONG, CHINA - Seorang wanita hamil dirakam melanggar seorang kanak-kanak di jalan raya dan terus melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Shanghaiist. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 23 Julai lalu menunjukkan, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbabit tiba-tiba muncul di depan penunggang wanita itu ketika dia melalui jalan di Jieyang, wilayah Guangdong. 

Mangsa dirempuh dan kepalanya terhentak di jalan raya sebelum digilis tayar motosikal itu. Penunggangnya hanya menyedari kehadiran mangsa apabila kanak-kanak itu sudah berada di bawah motosikalnya. 

Ibu kepada mangsa segera berlari untuk mendapatkan anaknya. Sementara itu penunggang motosikal berkenaan yang memakai baju hujan berada dalam keadaan panik dan segera meninggalkan tempat kejadian itu tanpa sedikit pun menoleh ke belakang. 

Dan buat kali keduanya, mangsa sekali lagi digilis dengan tayar belakang motosikal.

Doktor di hospital mengesahkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dari kemalangan itu, biarpun dia telah digilis oleh motosikal tersebut. 

Difahamkan, wanita hamil berkenaan menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran. Bagaimanapun, dia yang dilaporkan hamil 25 minggu itu telah tampil menyerah diri di balai polis pada jam 1 petang, 24 Julai dan kini polis sedang menyiasat kejadian itu.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »