ZIZIE EZETTE UMUM BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEMBAR

loading...


Pelakon Zizie Ezette hari ini membuat pengumuman bahawa dia kini sedang hamil menerusi akaun Instagramnya.

Lebih menggembirakan, Zizie atau nama penuhnya Zizie Eette Abdul Samad, 38, mengumumkan bahawa dia hamil anak kembar!

Kata Zizie, kandungannya kini bakal memasuki trimester kedua.

"Saya ingin mengumumkan produksi terkini yang bakal melahirkan anak pada Disember ini atau Januari tahun hadapan iaitu, saya kini hamil anak kembar.

"Semoga kandungan selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat, sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua sebelum mengumumkannya namun ada pihak sudah dapat menghidu perkara ini dan menghebahkannya.

"Namun, nasi sudah menjadi bubur, saya akan meneruskan kandungan ini dengan rasa terima kasih dan bersikap positif," tulisnya di Instagram.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

Pasangan tersebut turut mempunyai seorang anak angkat, Naila Nur Jenna.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »