PASUKAN LIQUID MENANG PERTANDINGAN ANTARABANGSA DOTA 2, BAWA PULANG RM42 JUTA

loading...


Pasukan Liquid menjuarai pertandingan The International 7, satu pertandingan Dota 2 yang menawarkan hadiah $24 juta (RM103 juta).

Kemenangan ini sekaligus membolehkan pasukan terbabit membawa pulang hadiah juara iaitu $10 juta (RM42 juta) selepas mengalahkan pasukan Newbee 3-0.

Pasukan Liquid dibintangi oleh lima orang pemain iaitu Lasse Urpalinen, 22 dari Findland, Al-Barkawi, 20 dari Jordan, Ivan Borislavov, 22, dari Bulgaria, Kuro Salehi, 24, dari Jerman dan Maroun Merhej dari Lebanon.

Biarpun mereka memenangi hadiah RM42 juta, tetapi tidak semua wang itu akan masuk ke dalam poket mereka. Dah tentu kesemua wang itu akan dibahagi-bahagikan kepada pihak pengurusan dan bahagian bantuan teknikal.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »